Digunakan secara traditional untuk membersih dan membina usus serta melawaskan pembuangan najis, melegakan sembelit dan menurunkan berat badan. Juga amat berkesan untuk mengatasi masalah rendah metabolisma, masalah penghadaman dan paras hormon rendah. Organ-organ dalam sistem pencernaan badan manusia mengandungi sebahagian besar lingkungan perut manusia. Segala apa yang dimakan dan diminum akan diserap olehnya serta dihadamkan sebelum ke usus kecil untuk diproses.
Terdapat 30 juta bulu-bulu kecil yang akan menyerap makanan yang telah diproses untuk dihantar ke seluruh bahagian tubuh. Selepas itu barulah ia akan diproses dan dihantar ke usus besar untuk diserap dan dikeluarkan sebagai TINJA. Segala makanan dan minuman daripada sumber yang tercemar akan menyebabkan perut kita kotor dan bertoksid. Kesannya menyebabkan darah menjadi berasid dan menjejaskan perjalanan darah.
Proses pembuangan air besar yang tidak sempurna ini akan mengganggu dan mengurangkan daya imunisasi badan, perut yang berangin dan pelbagai komplikasi lain. Oleh itu usus dan darah perlu dicuci dan dibina dengan kaedah yang betul tanpa memberi kesan sampingan.